Wednesday, March 11, 2009

Hukuman Sebat


Hukuman sebat adalah salah satu hukuman yang amat menyakitkan. Ianya digubal dalam undang-undang Malaysia dengan tujuan supaya pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan serik dan tidak lagi berani malakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan. Sebahagian daripada banduan lebih rela menukarkan hukuman satu rotan kepada penjara empat bulan, lantaran tidak sanggup menahan azab sebatan. Ini kerana sebatan tersebut akan mengakibatkan luka luar dan dalam. Ianya mengambil masa lebih daripada sebulan lebih untuk sembuh keseluruhan. Parutnya akan kekal selama-lamanya. Kesakitannya dikatakan amat sakit, berdenyut-denyut ke seluruh tubuh.

Pesalah yang akan disebat akan dibuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mempastikan pesalah tersbut berkeadaan sihat dan tidak memberi kesan sampingan yang diakibatkan oleh penyakit lain apabila hukuman sebat dilaksanakan. Pesalah wanita dan lelaki yang berumur lebih daripada 5o tahun juga tidak akan disebat, khuatiri daya tahan tubuh mereka yang lemah tidak mampu menahan kesan sebatan tersebut.

Tukang sebat terdiri daripada kakitangan penjara yang telah dipilih melalui temuduga khas untuk melayakkan mereka menjadi tukang sebat yang bertauliah

Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.

Tukang sebat akan memakai pakaian yang bersesuaian ketika pelaksanaan hukuman. Selalunya memakai baju T lengan pendek, memakai seluar unifom penjara dan berkasut sukan. Terdapat juga penutup mulut dan hidung disediakan untuk dipakai, tatapi adakalanya tidak dipakai. Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

Teknik menyebat bergantung kepada kemahiran dan keselesaan tukang sebat sendiri. Selalunya tukang sebat akan berdiri dalam keadaan sedikit mengangkang memasang kuda kuda dan menarik nafas dan mengangkat rotas setinggi mungkin, bersamaan dengan hayunan sebatan dilepaskan, dia melepaskan nafas supaya sebatan menjadi sekuat mungkin. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap. Dikatakan sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar!

Hukuman sebatan yang dilaksanakan dipenjara-penjara di Malaysia kurang menepati hukum yang terdapat dalam hukum Islam. Perbezaan yang paling ketara adalah cara sebatan yang dilakukan, iaitu menyebat dengan sekuat hati mengikut undang-undang malaysia, manakala bagi undang-undang Islam keadaan tidak diangkat habis.

Dalam Islam pelaksanaan hukuman rotan lebih kepada mendidik orang ang disebat. disamping itu ia juga berkait dengan kesalahan dosa yang dilakukan oleh pesalah tersebut.

Dikatakan hukuman sebat perlu dipertontonkan kepada orang awam supaya mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut. contoh yang dikenakan hukuman sebat adalah kesalahan zina dan minum arak.

Pihak penjara akhir-akhir ini semakin berusaha mendekatkan diri dengan masyarakat dengan menyertai pameran-pameran di ekspo-ekspo dan tempat-tempat yang dikunjungi ramai orang. pihak sekolah dan universiti-universiti tempatan kerap menjemput pihak penjara untuk melakukan pameran dan ceramah. Kalau di awal penyertaan pihak penjara pasti akan membuat demo sebatan. Pihak penjara akan membawa 2-3 orang tukang sebat, patung demo dan rotan yang digunakan untuk menyebat. selalunya orang awam yang melihat aksi sebatan tersebut akan terdiam dan terkejut melihat betapa kuatnya sebatan yang dibuat. mereka seolah-olah dapat membayangkan betapa sakitnya akibat hukuman sebatan tersebut.

Apapun, diharap dengan pendedahan hukuman sebatan kepada orang ramai, diharap ia dapat memberi pengajaran kepada orang ramai seterusnya mereka mengambil iktibar dengan tidak membuat kesalahn jenayah.








HUKUMAN SEBAT



Akta Penjara 1995, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 peraturan 131.

(1)

Apabila mana-mana hukuman sebat dijatuhkan ke atas seseorang banduan di bawah peraturan-peraturan ini, dia tidak boleh dikenakan lebih daripada satu hukuman berkenaan dengan perbuatan atau perbuatan-perbuatan, atau peninggalan atau peninggalan-peninggalan yang kerananya dia dihukum.

(2)

Sesuatu hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada banduan perempuan dan banduan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun.

(3)

Sesuatu hukuman sebat yang lebih daripada sepuluh kali sebat dengan rotan ringan tidak boleh dijatuhkan atau dikenakan ke atas seseorang banduan muda dan bilangan maksimum sebatan yang boleh diaward kepada banduan muda oleh pegawai Yang Menjaga ialah enam.

(4)

Hukuman sebat dengan rotan hendaklah dikenakan pada punggung pesalah itu.


Peraturan Penjara Berkaitan sebat Rotan


Peraturan 134 peremitan hukuman sebat

-Pegawai perubatan boleh mengesyorkan tiada apa-apa hukuman dikenakan lagi. -Pegawai Yang Menjaga hendaklah meremitkan hukuman selebihnya.


Peraturan 135 rekod hukuman sebat

-Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman (bilangan sebatan dan apa-apa perintah Pegawai Perubatan)


Peraturan 136 penyata hukuman sebat

-Dikemukakan kepada Ketua Pengarah Penjara setiap bulan


Peraturan 137 Rekod hukuman

-Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman bagi setiap o/b terlibat (tarikh jenis kesalahan & hukuman, nama o/b, pihak berkuasa urusan kes, arahan pegawai perubatan)



Peraturan Undang-Undang


-Kanun Prosedur Jenayah (FMS, Cap 6) Seksyen 286, Seksyen Seksyen 287, Seksyen 288, Seksyen 289, Seksyen 290, Seksyen 291, Seksyen 293

-Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan

-Enekmen Kanun Prosedur Jenayah 1997 (Negeri Johor)

-Akta Penjara 1995 & Seksyen 50 (3)

-Peraturan Penjara 2000 & Peraturan 131, Peraturan 132, Peraturan 133, Peraturan 134, Peraturan 135, Peraturan 136

-Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949 & Peraturan 50 dan Peraturan 51


Seksyen di bawah Kanun Keseksaan


Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum

Hukuman Lain


354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

375 : Rogol

Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:

a.

bertentangan dengan kemahuan perempuan itu

b.

dengan tiada kerelaan perempuan itu

c.

dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah
didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.

d.

Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia kan memberi kerelaan

e.

Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia
tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia
memberi kerelaan

f.

Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika
perempuan itu di bawah umur enam belas tahun


376 : Seksaan bagi rogol

Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

376A : Sumbang mahram

Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.

376B : Hukuman bagi sumbang mahram

(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-

(a)

Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau

(b)

Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.


377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat

Pegawai yang perlu ada semasa hukuman dijalankan


-Pegawai Yang Menjaga Institusi

-Timbalan Penguasa Penjara

-Pegawai Rekod

-Pegawai Sebat Rotan

-Pegawai Perubatan (menjalankan pemeriksaan kesihatan dan hadir semasa hukuman sebat dijalankan)


Pihak berkuasa menjatuhkan hukuman sebat


-Mahkamah Tinggi

Tidak lebih 24

-Mahkamah Seksyen/Tengah

Tidak lebih 12

-Mahkamah Majistret

Tidak lebih 6

-KPP/Hakim Pelawat

Tidak lebih 24

-Ketua Institusi

(PKP ke atas)


Tidak lebih 12

Banduan yang tidak boleh disebat


-Banduanita

-Banduan lelaki berumur lebih 50 tahun

-Banduan hukuman mati

-Banduan yang tidak diluluskan doktor

-Banduan yang Mahkamah menimbangkan berumur lebih 50 tahun (Kanuan Prosedur Jenayah S.289)



Mesej Dari Penjara


JAUHI DADAH DAN JENAYAH"



No comments:

Post a Comment