Wednesday, March 25, 2009

Thursday, March 12, 2009

Hukuman Mati

Artikel ini telah dipetik dari buku yang bertajuk
"Pengurusan Banduan Hukuman Mati"
yang telah ditulis oleh
Penguasa Kanan Penjara Ahmad Faudzi bin Awang.


1. PENGENALAN

Terdapat banyak negara di dunia yang memperuntukkan hukuman mati kepada pesalah sebagai jalan untuk melawan jenayah. Perubahan masa yang berlaku telah mengubah banyak perkara berkaitan dengan hukuman yang dianggap 'ultimate punishment' ini. Bermula dengan perubahan kaedah hukuman hinggalah timbul perdebatan hangat tentang keperluan peruntukan hukuman mati itu sendiri. Setiap penghujahan yang dikemukakan tetap mempunyai asasnya yang tersendiri. Walau apa pun pendirian yang dibawa, kita mendapati terdapat 106 buah negara di dunia yang masih memperuntukkan hukuman mati dalam sistem perundangan masing-masing. Terdapat negara tertentu yang menggunakan peruntukan itu secara agresif (kerap). Namun terdapat juga yang jarang digunakan dan hanya sekadar wujud tapi tidak pernah digunakan.

Malaysia adalah di antara negara yang melaksanakan hukuman mati ini menerusi kaedah tunggal iaitu gantung berbanding beberapa negara yang memilih beberapa kombinasi kaedah pelaksanaan. Pelaksanaan hukuman mati di Malaysia tidaklah dianggap terlalu kerap tetapi tempoh menunggu hukuman dijalankan di Malaysia adalah lebih pendek berbanding negara lain. Peruntukan hukuman mati di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala Jabatan Penjara Malaysia merupakan institusi tunggal yang melaksanakan tugasan ini.

Sebagai institusi yang memikul tanggungjawab ini, maka telah menjadi satu kewajiban kepada Ketua Pengarah Penjara untuk mengeluarkan satu garis panduan yang jelas dan difahami untuk pengurusan penjara terlibat supaya setiap tindakan untuk melaksanakan hukuman mati itu dapat dilaksanakan denganteratur dan lancar. Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, didapati proses pelaksanaan urusan penggantungan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak perkara yang perlu dibereskan. Ini melibatkan soal dokumentasi yang melibatkan pihak berkuasa lain seperti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Mahkamah, Hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan keluarga banduan. Selain dokumentasi, Jabatan Penjara Malaysia perlu untuk menyediakan pegawai khas yang mahir bagi tugasan ini dengan kelengkapan yang diperlukan. Semua perkara yang terlibat ini adalah sebagai memenuhi syarat perundangan dan prosedur yang telah ditetapkan supaya hukuman ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

1.1 Kaedah Perlaksanaan Hukuman Mati
Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masing-masing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk mematikan seseorang.

i) Hukuman Bakar Sampai Mati
Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches) dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.


ii) Roda
Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu
yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati.


iii) 'Guillotine'
Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).


iv) Gantung dan 'Garotte'
Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan yang popular mirip kepada hukuman
gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.


v) Tembak
Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak diketahui.


vi) Gas Beracun
Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah.


vii) Kerusi Elektrik
Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas dimana banduan akan dekehendaki duduk atas kerusi dan badan serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik.


viii) Suntikan (Lethal Injection)
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak.
Selepas itu, Pancuriom Bromide akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti.


1.2 Reaksi Pelaksanaan Hukuman Mati
Terdapat pelbagai reaksi yang melahirkan pandangan yang pro dan kontra terhadap hukum yang dikenakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan hukuman mati, menganggap ianya adalah satu bentuk deraan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman mati akan memastikan mereka tidak terlibat semula dan mengulanginya. Sebagai satu pengajaran kepada umum, terdapat negara yang menjatuhkan hukuman mati di khalayak ramai dan di kawasan lapang atau tempat awam. Di negara kita, hukuman gantung dijalankan secara tertutup.


2. HUKUMAN GANTUNG DI MALAYSIA


Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjatapi adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamh ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan yang dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Di Malaysia, bagi seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan.

Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung .


Wednesday, March 11, 2009

Hukuman Sebat


Hukuman sebat adalah salah satu hukuman yang amat menyakitkan. Ianya digubal dalam undang-undang Malaysia dengan tujuan supaya pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan serik dan tidak lagi berani malakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan. Sebahagian daripada banduan lebih rela menukarkan hukuman satu rotan kepada penjara empat bulan, lantaran tidak sanggup menahan azab sebatan. Ini kerana sebatan tersebut akan mengakibatkan luka luar dan dalam. Ianya mengambil masa lebih daripada sebulan lebih untuk sembuh keseluruhan. Parutnya akan kekal selama-lamanya. Kesakitannya dikatakan amat sakit, berdenyut-denyut ke seluruh tubuh.

Pesalah yang akan disebat akan dibuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mempastikan pesalah tersbut berkeadaan sihat dan tidak memberi kesan sampingan yang diakibatkan oleh penyakit lain apabila hukuman sebat dilaksanakan. Pesalah wanita dan lelaki yang berumur lebih daripada 5o tahun juga tidak akan disebat, khuatiri daya tahan tubuh mereka yang lemah tidak mampu menahan kesan sebatan tersebut.

Tukang sebat terdiri daripada kakitangan penjara yang telah dipilih melalui temuduga khas untuk melayakkan mereka menjadi tukang sebat yang bertauliah

Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.

Tukang sebat akan memakai pakaian yang bersesuaian ketika pelaksanaan hukuman. Selalunya memakai baju T lengan pendek, memakai seluar unifom penjara dan berkasut sukan. Terdapat juga penutup mulut dan hidung disediakan untuk dipakai, tatapi adakalanya tidak dipakai. Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

Teknik menyebat bergantung kepada kemahiran dan keselesaan tukang sebat sendiri. Selalunya tukang sebat akan berdiri dalam keadaan sedikit mengangkang memasang kuda kuda dan menarik nafas dan mengangkat rotas setinggi mungkin, bersamaan dengan hayunan sebatan dilepaskan, dia melepaskan nafas supaya sebatan menjadi sekuat mungkin. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap. Dikatakan sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar!

Hukuman sebatan yang dilaksanakan dipenjara-penjara di Malaysia kurang menepati hukum yang terdapat dalam hukum Islam. Perbezaan yang paling ketara adalah cara sebatan yang dilakukan, iaitu menyebat dengan sekuat hati mengikut undang-undang malaysia, manakala bagi undang-undang Islam keadaan tidak diangkat habis.

Dalam Islam pelaksanaan hukuman rotan lebih kepada mendidik orang ang disebat. disamping itu ia juga berkait dengan kesalahan dosa yang dilakukan oleh pesalah tersebut.

Dikatakan hukuman sebat perlu dipertontonkan kepada orang awam supaya mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut. contoh yang dikenakan hukuman sebat adalah kesalahan zina dan minum arak.

Pihak penjara akhir-akhir ini semakin berusaha mendekatkan diri dengan masyarakat dengan menyertai pameran-pameran di ekspo-ekspo dan tempat-tempat yang dikunjungi ramai orang. pihak sekolah dan universiti-universiti tempatan kerap menjemput pihak penjara untuk melakukan pameran dan ceramah. Kalau di awal penyertaan pihak penjara pasti akan membuat demo sebatan. Pihak penjara akan membawa 2-3 orang tukang sebat, patung demo dan rotan yang digunakan untuk menyebat. selalunya orang awam yang melihat aksi sebatan tersebut akan terdiam dan terkejut melihat betapa kuatnya sebatan yang dibuat. mereka seolah-olah dapat membayangkan betapa sakitnya akibat hukuman sebatan tersebut.

Apapun, diharap dengan pendedahan hukuman sebatan kepada orang ramai, diharap ia dapat memberi pengajaran kepada orang ramai seterusnya mereka mengambil iktibar dengan tidak membuat kesalahn jenayah.








HUKUMAN SEBAT



Akta Penjara 1995, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 peraturan 131.

(1)

Apabila mana-mana hukuman sebat dijatuhkan ke atas seseorang banduan di bawah peraturan-peraturan ini, dia tidak boleh dikenakan lebih daripada satu hukuman berkenaan dengan perbuatan atau perbuatan-perbuatan, atau peninggalan atau peninggalan-peninggalan yang kerananya dia dihukum.

(2)

Sesuatu hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada banduan perempuan dan banduan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun.

(3)

Sesuatu hukuman sebat yang lebih daripada sepuluh kali sebat dengan rotan ringan tidak boleh dijatuhkan atau dikenakan ke atas seseorang banduan muda dan bilangan maksimum sebatan yang boleh diaward kepada banduan muda oleh pegawai Yang Menjaga ialah enam.

(4)

Hukuman sebat dengan rotan hendaklah dikenakan pada punggung pesalah itu.


Peraturan Penjara Berkaitan sebat Rotan


Peraturan 134 peremitan hukuman sebat

-Pegawai perubatan boleh mengesyorkan tiada apa-apa hukuman dikenakan lagi. -Pegawai Yang Menjaga hendaklah meremitkan hukuman selebihnya.


Peraturan 135 rekod hukuman sebat

-Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman (bilangan sebatan dan apa-apa perintah Pegawai Perubatan)


Peraturan 136 penyata hukuman sebat

-Dikemukakan kepada Ketua Pengarah Penjara setiap bulan


Peraturan 137 Rekod hukuman

-Pegawai Yang Menjaga hendaklah mencatatkan dalam buku hukuman bagi setiap o/b terlibat (tarikh jenis kesalahan & hukuman, nama o/b, pihak berkuasa urusan kes, arahan pegawai perubatan)



Peraturan Undang-Undang


-Kanun Prosedur Jenayah (FMS, Cap 6) Seksyen 286, Seksyen Seksyen 287, Seksyen 288, Seksyen 289, Seksyen 290, Seksyen 291, Seksyen 293

-Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan

-Enekmen Kanun Prosedur Jenayah 1997 (Negeri Johor)

-Akta Penjara 1995 & Seksyen 50 (3)

-Peraturan Penjara 2000 & Peraturan 131, Peraturan 132, Peraturan 133, Peraturan 134, Peraturan 135, Peraturan 136

-Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949 & Peraturan 50 dan Peraturan 51


Seksyen di bawah Kanun Keseksaan


Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum

Hukuman Lain


354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

375 : Rogol

Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:

a.

bertentangan dengan kemahuan perempuan itu

b.

dengan tiada kerelaan perempuan itu

c.

dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah
didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.

d.

Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia kan memberi kerelaan

e.

Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia
tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia
memberi kerelaan

f.

Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika
perempuan itu di bawah umur enam belas tahun


376 : Seksaan bagi rogol

Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

376A : Sumbang mahram

Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.

376B : Hukuman bagi sumbang mahram

(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-

(a)

Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau

(b)

Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.


377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.

Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat

Pegawai yang perlu ada semasa hukuman dijalankan


-Pegawai Yang Menjaga Institusi

-Timbalan Penguasa Penjara

-Pegawai Rekod

-Pegawai Sebat Rotan

-Pegawai Perubatan (menjalankan pemeriksaan kesihatan dan hadir semasa hukuman sebat dijalankan)


Pihak berkuasa menjatuhkan hukuman sebat


-Mahkamah Tinggi

Tidak lebih 24

-Mahkamah Seksyen/Tengah

Tidak lebih 12

-Mahkamah Majistret

Tidak lebih 6

-KPP/Hakim Pelawat

Tidak lebih 24

-Ketua Institusi

(PKP ke atas)


Tidak lebih 12

Banduan yang tidak boleh disebat


-Banduanita

-Banduan lelaki berumur lebih 50 tahun

-Banduan hukuman mati

-Banduan yang tidak diluluskan doktor

-Banduan yang Mahkamah menimbangkan berumur lebih 50 tahun (Kanuan Prosedur Jenayah S.289)



Mesej Dari Penjara


JAUHI DADAH DAN JENAYAH"



Lagu Rasmi Penjara Malaysia


BAKTI SETIA


Kami menyahut seruan Negara

Berkhidmat di Jabatan Penjara

Sanggup bertugas pada setiap masa

Tidak kira di mana jua


Kami bertugas dengan setia

Mendokong amanah Negara

Memberi latihan pada semua bangsa

Untuk hidup berjasa


Bertugas kami siang dan malam

Menjaga mereka yang curang

Memberi nasihat dan keinsafan

Supaya berguna masa depan


Di keliling tembok dan pagar yang tinggi

Di situlah kami bekerja

Bertugas memegang amanah Negara

Dengan taat setia

Bendera Penjara Malaysia



NAMA BENDERA

Waja Bakti :-
Waja Sentiasa bersemangat waja semasa menjalankan sebarang tugas yang diamanahkan. Bakti Khidmat bakti dicurah tanpa mengira masa dan tempat.


GARIS LOGO BERWARNA HITAM

Kecekalan hati dan semangat waja dikalangan anggota dalam usaha meninggikan imej jabatan dan negara.


WARNA MERAH

Pengurusan yang cekap dan berkesan serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan.


WARNA KUNING

Kesetiaan kepada raja dan pemerintah.


WARNA BIRU

Mengutamakan pelanggan dan mesra dengan pelbagai pihak serta masyarakat.


WARNA HIJAU

Kehidupan yang harmoni di kalangan penghuni dan anggota semasa dalam tempoh penahanan.


WARNA PUTIH

Usaha pemulihan yang bersepadu ke atas penghuni supaya mereka menjadi warga yang produktif.


Logo & Motto Penjara Malaysia




-

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan Kerajaan

Persekutuan,manakala, bintang bersama- sama anak bulan

menandakan agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.


-

Kunci Bersilang melambangkan kuasa dan tanggungjawab

yang diamanahkan oleh Jabatan untuk mengendalikan

tugas-tugas.


-

Bunga Padi melambangkan perpaduan dan kerjasama yang

erat di semua peringkat kakitangan yang berbilang bangsa.



-Latar belakang warna hijau melambangkan warna rasmi

Jabatan Penjara dan taat setia kepada Ketua







MESRA IKHLAS DAN BERBAKTI
Menjalankan tugas menegakkan sistem keadilan jenayah

negara dan memikul amanah rakyat memulihkan pesalah-

pesalah dengan penuh tanggungjawab, berbakti kepada

bangsa dan negara.



WARNA HIJAU
Warna korporat jabatan yang melambangkan matlamat jabatan

untuk melahirkan kembali warga yang telah runtuh akhlak

kepada seorang insan yang produktif dan kembali ke pangkuan

masyarakat sebagai rakyat yang berguna seterusnya menunaikan

tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.


LAKARAN BENTUK HATI DAN TANGAN
Melambangkan komitmen masyarakat dalam menerima kembali

bekas-bekas banduan ke dalam institusi masyarakat tanpa

sebarang prasangka yang menjejaskan program pemulihan jabatan.


WARNA LATAR BELAKANG PERAK.
Melambangkan ketelusan sistem pengurusan jabatan yang melibatkan

komitmen dan kerjasama antara masyarakat, keluarga pesalah dan

jabatan menentukan kejayaan program pemulihan.